Servis Privasi Nama Domain

Mengapa Servis Privasi Nama Domain (Privacy Protection) penting untuk nama domain anda?

Tahukah anda bahawa email dan alamat anda terdedah pada umum jika anda mendaftar nama domain tanpa Privacy Protection?
Anda boleh lakukan carian whois untuk mengetahui pemilik dan pentadbir sesuatu nama domain.
Contoh carian WHOIS awam https://www.whois.com/whois/

Domain digunakan untuk mewakili nombor IP seperti contoh google.com.my = 172.217.161.131,
Whois database adalah penting untuk akauntabiliti kandungan dan maklumat pentadbir sesuatu nama domain.
Malah pihak ICANN mewajibkan nama WHOIS dikemaskini selalu supaya semua pihak dapat menghubungi pentadbir atau pemilik nama domain jika ada masalah SPAM,  masalah rangkaian (network) dan juga kandungan. Pihak ICANN juga berhak menggantung nama domain jika email pemilik atau pentadbir tidak dapat di hubungi atau tidak sah dalam masa 2 minggu.

Carian awam atau Public Whois kini telah disalahgunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab untuk menghantar SPAM, marketing email juga menipu pemilik naif dalam pelbagai cara.

Anda mungkin terkejut apabila selepas mendaftar nama domain, email anda atau telefon anda di hujani dengan mesej marketing atau Spam, ini kerana data anda dimasukkan dalam carian Whois database domain baru yang di daftarkan.

 

Dengan menggunakan servis Privacy Protection – Maklumat anda diwakilkan oleh proksi dan tidak terdedah pada awam.Ini dapat mengelakkan masalah spam, email marketing dan juga penipuan (phishing)
Privacy protection hanya boleh digunakan untuk domain domain level utama seperti .com/net/org/info. Domain-domain  negara seperti .my masih belum ada penyelesaian seperti domain level utama buat masa ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *