Carian Google – Bagaimana Ianya Berfungsi?

google1
Google menghantar ‘crawlers’ yang dipanggil Googlebot yang meneliti setiap laman web yang berada di internet. Googlebot adalah jutaan process ‘bot’ yang aktif yang sentiasa meneliti laman web terbaru untuk di katalogkan kedalam database index carian google. Bot-bot ini juga mengikuti pautan-pautan yang berada dalam laman web dan membuat perbandingan samaada kandungan telah pun di perbaharui atau tidak. Proses yang berulang ini dinamakan ‘indexing’. Laman yang sering di index semula laman web berita online yang kandungannya selalui di perbaharui berbanding laman statik contohnya laman web korporat.

Pautan-pautan ini juga membantu kedudukan ‘ranking’ laman web anda yang dipanggil ‘PageRank’. PageRank adalah salah satu daripada 200 faktor atau kriteria yang digunakan Google untuk memastikan hasil carian adalah tepat dan relevan. Jika anda mahukan kedudukan atau ‘ranking’ lebih baik, pastikan kandungan laman web anda di perbaharui dengan maklumat terbaru

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *