TM sasar keupayaan utama naik 30% setahun

KUALA LUMPUR 5 Nov. – Telekom Malaysia Bhd. (TM) menyasarkan keupayaan utama telekomunikasinya meningkat kepada 100 gigabait dalam tahun kewangan berakhir pada tahun ini berbanding 90 gigabait pada tahun lalu.

TM turut menyasarkan keupayaan itu meningkat sebanyak 30 gigabait pada tahun depan dan menjadikannya 130 gigabait, kata Ketua Pegawai Operasinya, Rozaimy Rahman.

Rozaimy berkata, pertumbuhan berkenaan dianggarkan meningkat 30 peratus setiap tahun kerana permintaan terhadap sektor Internet bertambah di seluruh dunia.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri mesyuarat peringkat antarabangsa Capacity Asia 2008 di sini hari ini.

Rozaimy berkata, walaupun dunia mengalami keadaan krisis ekonomi, tetapi industri telekomunikasi menunjukkan prestasi yang baik kerana permintaannya tinggi.

“Orang ramai di seluruh dunia dilihat tetap memerlukan Internet kerana ia penyambung hubungan sesama manusia selain melawat dan melancong dari sesebuah negara ke sesebuah negara.

”Sempena krisis ekonomi dunia, saya lihat semakin ramai orang menggunakan Internet kerana cara itu lebih murah dan mudah,” kata beliau.

Source : http://www.utusan.com.my/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *